fbpx
GLE 450 hadir dengan lampu Multibeam LED.

GLE 450 SUV mewah tujuh tempat duduk buat VIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERCEDES-BENZ GLE 450 merupakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang menawarkan tujuh tempat duduk.

Sejarah model ini bermula pada tahun 1997 yang ketika itu dikenali dengan nama ML iaitu sebuah SUV bersaiz sederhana.

Selepas dua generasi, SUV ini dijenamakan semula dengan tanda nama GLE seiring dengan barisan model SUV lain syarikat dari Jerman itu.

Ketika pandu uji model GLE 450 baru-baru ini, penulis dapat merasakan pemanduan sebuah SUV yang agak besar.

Panjang SUV ini adalah 4,924 milimeter (mm), lebar (2,157 mm) dan tinggi (1,772 mm), manakala jarak antara roda (2,995 mm). Besar dan lebar bukan?

Nasib baik GLE 450 ini hadir dengan kamera 360 darjah yang dipaparkan pada skrin infotainment, mudahlah sedikit untuk memandunya.

Model ini menggunakan enjin 3.0 liter turbo dan transmisi sembilan kelajuan (9G-Tronic) dan pacuan semua roda 4Matic yang mampu memberikan kesan impresif dalam menyampaikan prestasi enjin maksimum.

Antara yang baharu pada model ini adalah mod transmisi Dynamic Select yang boleh ditetapkan pada butang di konsol tengah.

BAHAGIAN luaran GLE 450 hadir dengan pakej AMG Line supaya kelihatan lebih ‘sporty’.

Ciri-ciri ini membolehkan pemandu menetapkan karakter pemanduan yang diinginkan.

Lima mod yang ditawarkan seperti Eco, Comfort, Sport, Offroad dan Individual.

Dynamic Select membolehkan kenderaan ini menukar karakter termasuk enjin, transmisi, suspensi dan stereng.

Selain itu, SUV ini ditawarkan dengan sistem suspensi udara Airmatic yang terkini.

Sistem Airmatic membolehkan SUV ini direndahkan atau ditinggikan dengan butang kawalan yang terletak di konsol tengah antara pemandu dan penumpang hadapan.

Kombinasi enjin dan transmisi model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 367 hp pada 5,500 hingga 6,100 rpm dan tork tertinggi 500 Nm dari 1,600 hingga 4,500 rpm.

SUV ini mampu memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam (kmj) hanya dalam masa 5.7 saat dengan kelajuan maksimum di atas kertas 250 kmj.

Bahagian luaran model pemasangan tempatan (CKD) ini hadir dengan pakej AMG Line supaya kelihatan ‘sporty’.

Pakej AMG Line ini termasuk bampar hadapan dan belakang yang membuatkan SUV mewah serta besar itu nampak menarik.

GLE 450 hadir dengan lampu utama Multibeam LED dan rim aloi AMG bersaiz 21 inci.

Tayar hadapan menggunakan saiz 275/45, manakala tayar belakang lebih lebar dengan saiz 315/40.

Masuk ke ruang kabin, cukup mewah dan luas. Itu pandangan pertama penulis.

RUANG kabin model GLE 450 cukup mewah dan luas dengan kehadiran skrin panjang di atas papan pemuka.

Bahagian ini diserikan dengan kehadiran skrin yang kelihatan memanjang di atas papan pemuka.

Dua skrin berukuran 12.3 inci yang memaparkan ciri-ciri Mercedes-Benz User Experience (MBUX) NTG 6 termasuk salah satunya skrin sentuh. Sistem audio pula daripada Burmester.

Tempat duduk pemandu, penumpang hadapan dan barisan kedua boleh dikawal menggunakan butang kawalan yang terletak pada panel pintu.

Bagi memberi keselesaan tambahan kepada penumpang di barisan kedua, kenderaan ini hadir dengan corong penghawa dingin menerusi butang kawalan tersendiri dan pelindung matahari yang boleh dikawal pada butang tingkap.

Antara faktor yang memberikan rasa lebih luas adalah kerana SUV ini dilengkapi bumbung suria boleh dibuka.

Tempat duduk barisan ketiga penulis rasa mungkin sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang berbadan kecil dan tidak tinggi.

Namun, bahagian ini juga dilengkapi dengan dua tempat letak air dan dua pot USB type-C. Antara sistem bantuan yang ada pada GLE 450 ini adalah Parking Package dengan kamera 360, Active Distance Assist Distronic dan Adaptive Highbeam Assist Plus.

Ciri-ciri keselamatan yang yang ditawarkan pula adalah seperti Urban Guard Vehicle Protection, beg udara keselamatan sisi pada bahagian belakang dan bantuan titik buta.

Kesimpulannya, penulis lihat kenderaan ini sesuai untuk golongan elit kerana harganya lebih setengah juta dan karakter ‘besar mewah’ ditawarkan oleh jenama terkenal itu.

Model ini juga boleh dikatakan agak banyak di atas jalan raya mungkin kerana pakej yang ditawarkan sudah cukup berbaloi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN