fbpx
Lukisan grafik projek perumahan Plenitude yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Plenitude bakal lancar pameran rumah Magnolia di Impian Hills Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Plenitude Berhad (Plenitude) mengalu-alukan orang ramai untuk hadir pada majlis pelancaran pameran rumah projek terbaharunya, edisi Magnolia yang terletak di perbandaran Impian Hills di Ulu Tiram, Johor pada 8 Julai ini.

Pameran ini akan memberi peluang kepada pemilik rumah atau bakal pembeli menikmati pengalaman langsung meninjau dari dekat rumah kediaman tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Plenitude Berhad, Lee Wee Kee berkata, rumah kediaman Magnolia ini
telah direka dengan susun atur yang luas dan moden, dengan sentuhan elegan selain susun atur terbukanya memberikan cahaya matahari dan pengudaraan semula jadi yang maksimum, menjadikan rumah-rumah ini terasa terang dan lapang.

“Magnolia di Impian Hills dikelilingi oleh kehijauan yang subur dengan akses mudah ke pelbagai infrastruktur dan fasiliti. Pembangunan ini terletak hanya beberapa minit dari Taman Desa Tebrau dan ia juga mudah diakses ke Lebuh raya Senai-Desaru, Pasir Gudang dan Lebuh raya Tebrau,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Magnolia yang merupakan fasa pertama pembangunan di perbandaran baharu ini, merangkumi sejumlah 143 rumah teres dua tingkat dengan harga bermula daripada RM453,600.

Selain itu, Wee Kee menerangkan, pelancaran Magnolia di Impian Hills bertujuan memenuhi permintaan yang kukuh oleh pembeli rumah di kawasan tersebut yang mana kadar pengambilan dicatat sebanyak 98 peratus sejak dilancarkan.

“Kami teruja untuk memperkenalkan rumah unit pameran edisi Magnolia dan  mengalu-alukan semua pemilik rumah baharu ke kawasan kejiranan serta menikmati pelbagai aktiviti yang telah disediakan bersama-sama sebagai sebuah komuniti,” jelasnya.

Selain Magnolia, Plenitude bakal melancarkan projek fasa keduanya menjelang suku ketiga tahun ini  di dalam kawasan perbandaran yang sama. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN