fbpx

Cedar bantu 75,000 usahawan melalui 460 program bimbingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) meraikan ulang tahun ke-10 anak syarikat milik penuhnya, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (Cedar) hari ini.

Dalam majlis yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick, bank tersebut turut melancarkan Program Pembangunan Perusahaan Sosial SME Bank yang terdiri daripada dua inisiatif dengan nilai  RM21 juta.

Benedick dalam ucapan perasmiannya berkata,  usaha berterusan SME Bank untuk memajukan lagi usahawan PMKS melalui Cedar merupakan bukti bahawa bank tersebut prihatin terhadap keperluan usahawan, selain daripada pembiayaan. 

“Saya berbesar hati untuk berkongsi bahawa KUSKOP telah memberi kepercayaan kepada Cedar untuk menerajui beberapa program pembangunan kapasiti keusahawanan bagi tahun 2023 dengan jumlah dana bernilai RM11.5 juta,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis sambutan tersebut di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Benedick menerangkan,  KUSKOP kini telah merekodkan 511 buah pembangunan perusahaan sosial (SE) berdaftar yang mana 59 daripadanya adalah di bawah kategori SE Diakreditasi dan selebihnya didaftarkan di bawah kategori SE Asas. 

Jelas beliau, melalui SEMy2030, kerajaan menyasarkan untuk mencapai sejumlah 5,000 perusahaan SE yang berdaftar menjelang 2025 dan 20 peratus  daripada jumlah pendaftaran tersebut akan mendapat akreditasi.

Mengulas mengenai pencapaian Cedar, Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail berkata, syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 2013 telah memanfaatkan lebih 75,000 peserta melalui 460 program bimbingan berasaskan penyelidikan, program pemudah cara berasaskan fungsi dan program bimbingan yang memberi fokus kepada usahawan.-KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN