GAMBAR HIASAN

Ramai mula beralih selepas TikTok Shop diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ledakan pengguna jelas meningkat pada tahun 2022 apabila TikTok Shop dilancarkan di seluruh negara bagi membantu usahawan dan jenama tempatan.

Kata TikTok dalam kenyataan berbalas kepada Kosmo!, TikTok Shop dapat mengembangkan jejak digital dan perniagaan mereka dalam talian melalui cara krea­tif di Shoppertainment.

Menurutnya, TikTok Shop mencipta pengalaman pengguna yang lancar daripada kandungan pencipta kepada kedai dalam talian yang mana seseorang boleh berhibur sambil membeli keperluan tanpa perlu meninggalkan aplikasi.

“Video dan siaran yang boleh dibeli di TikTok Shop memboleh­kan penjual mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka secara kreatif serta menarik khalayak mereka.

“Ini juga telah membawa kepada pengenalan Program Gabungan Kedai TikTok yang menghubungkan pencipta dan penjual.

“Penjual dapat berhubung dengan pencipta untuk mempromosikan produk mereka, dan sebagai balasannya, pencipta boleh mempromosikan jenama yang berkaitan dengan pengikut mereka dan mengewangkan kandungan mereka,” katanya.

Menurutnya, TikTok juga menyediakan peluang kepada pencipta dan jenama untuk berhubung antara satu sama lain bagi kempen berbayar dan berasaskan ganjaran melalui Pasaran Pencipta TikTok.

Katanya, ia adalah platform kerjasama rasmi untuk menghubungkan jenama serta pencipta di TikTok.

“Apabila pencipta TikTok mendekati komuniti melalui kandungan mereka, pelbagai peluang melalui ‘paid review’ untuk memaksimumkan peluang kerjaya, bekerjasama dengan jenama tempatan atau antarabangsa.

“Mereka juga berpeluang me­nerima hadiah daripada pengikut mereka menerusi TikTok LIVE yang kemudian boleh ditebus dengan wang daripada TikTok,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN