fbpx
Pertambahan aktiviti pesakit menyumbang kepada hasil menggalakkan daripada segmen penjagaan kesihatan. -Gambar hiasan

Untung selepas cukai JCorp naik 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan Johor Corporation (JCorp) mencatat pertumbuhan keuntungan selepas cukainya bagi tahun kewangan 31 Disember 2022 (FY2022) sebanyak 100 peratus kepada RM808 juta berbanding RM379 juta tahun kewangan sebelumnya (FY2021).

Peningkatan menggalakkan ini adalah sumbangan daripada lonjakan hasil kumpulan sebanyak 12 peratus naik kepada RM5.7 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, prestasi baik dalam tahun kewangan ini disumbangkan daripada segmen perniagaannya iaitu pertanian yang mencatat hasil sebanyak RM1.85 bilion, tumbuh 13 peratus berbanding tahun sebelumnya ekoran harga tinggi minyak kelapa sawit dan isirung kelapa sawit.

“Segmen makanan dan restoran pula merekodkan kerugian sebanyak RM31 juta ekoran penyusunan semula segmen perniagaan tersebut untuk memperkemaskan operasi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Selain itu, peningkatan dalam jumlah pesakit dan aktiviti pesakit luar tumbuh masing-masing sebanyak 50 peratus dan 19 peratus menyumbang kepada peningkatan dalam segmen penjagaan kesihatan. 

Lebih menggalakkan adalah pendapatan daripada pelancongan perubatan yang turut menggalakkan segmen berkenaan. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN