fbpx
Buruh binaan menyiapkan sebuah projek perumahan dalam cuaca panas terik di Melaka baru-baru ini. – Gambar hiasan

Hilang gaji RM500 sebab tak tahan kerja bawah panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Tidak tahan dengan cuaca panas melampau sejak beberapa bulan ini menyebabkan ada pekerja buruh yang sanggup menolak untuk melakukan kerja tambahan seperti memotong rumput dan kerja pembinaan.

Seorang buruh warga Indonesia, Harianto, 41, berkata, dia rela untuk melepaskan kerja dengan bayaran RM450 untuk kerja-kerja binaan selama tiga hari kerana tidak tahan dengan cuaca panas.

“Panas ini sepatutnya biasa sahaja untuk seorang buruh tetapi kali ini terlampau panas, memang saya terpaksa minta cuti daripada majikan.

Bagi Ridhwan Rahim, 26, dia yang mengambil upah memotong rumput sebagai pendapatan sampingan juga telah mengehadkan masa kerja bermula pukul 9 pagi sehingga 1 petang sahaja.

“Dahulu memang saya ambil upah sehingga lewat petang tetapi sejak musim panas ini, saya hanya ambil untuk setengah hari sahaja.

“Memanglah pendapatan saya terjejas sekitar RM500 tetapi jika hendak dibandingkan de­ngan buat kerja dalam suhu mencecah 37 darjah Celcius, memang saya tak sanggup,” ujarnya.

Tambahnya, bagi menampung pendapatannya itu, dia telah mengambil upah sebagai pembantu restoran sejak bulan lalu dan bekerja bermula pukul 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Sementara itu, pengurus syarikat binaan rumah, Faizal Hafeez Abu Karim menyifatkan, cuaca panas yang melampau ketika ini memberi kesan sama se­perti musim hujan.

“Memanglah lebih baik panas kerana kita dapat siapkan projek diberikan pelanggan, tetapi cuaca panas melampau ini menyebabkan pekerja tak boleh bertahan lama sehinggakan projek lewat siap sehingga tiga minggu.

“Bagi memastikan para pekerja dapat terus fokus, saya terpaksa berikan mereka kelonggaran untuk berehat pada pukul 11 pagi selama dua jam sebelum kembali bekerja,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN