fbpx

MAFS kurangkan impak negatif cuaca panas di sektor pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Hisham (kiri) menuai sebiji buah MMT di ladang UniSZA, Tembila, Besut hari ini.

BESUT – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) sedang giat mengambil langkah bagi mengurangkan impak cuaca panas terhadap sektor pertanian di negara ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFS, Datuk Badrul Hisham Mohd. berkata, cuaca panas disebabkan fenomena El Nino pada masa ini berisiko untuk menjejaskan sehingga 30 peratus hasil pertanian negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, MAFS telah menaik taraf instrastruktur pertanian termasuk menyediakan pam-pam tambahan di seluruh negara.

“Pam-pam itu akan digunakan bagi menyedut sumber air berhampiran sekiranya hujan tidak turun (di kawasan pertanian terbabit).

“Selain itu, kita juga akan memastikan sistem pengairan mencukupi bagi menyokong tanaman padi di seluruh negara,” katanya di kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Tembila di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis penyerahan sumbangan inkubasi bernilai RM200,000 daripada Agrobank kepada peserta program Melon Manis Terengganu (MMT) UniSZA.

Badrul Hisham berkata, berdasarkan laporan, fenomena El Nino dijangka akan memberi kesan lebih teruk pada tahun ini.

Jelas beliau, cuaca panas yang boleh membawa kepada kemarau tersebut diramal akan berlarutan sehingga antara bulan Jun hingga Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI