fbpx

Fahmi Fadzil nafi terlibat promosi pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fahmi.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan sekeras-kerasnya mengenai keterlibatan beliau dalam mempromosikan skim pelaburan seperti yang tular di media sosial ketika ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, satu laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah dibuat berkaitan satu poster yang memaparkan gambarnya yang tular sejak semalam.

“Saya menerima tangkap layar ini sebentar tadi. Ini adalah palsu!

“Saya tidak pernah mempromosi mana-mana skim pelaburan seperti ini. Saya telah laporkan pada pihak SKMM,” jelasnya hari ini.

Poster yang memaparkan wajah Fahmi yang kini tular di media sosial adalah palsu.

Tambah Fahmi lagi, sekiranya sesiapa sahaja yang melihat iklan palsu atau pelaburan yang menipu, terus sahaja membuat laporan kepada pihak SKMM.

“Sekiranya anda melihat apa jua iklan palsu dan pelaburan yang berunsur penipuan di atas talian, sila laporkan di portal aduan SKMM,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI