fbpx
Kira-kira 8.3 juta daripada 33 juta penduduk Malaysia terdiri daripada orang bujang.

8.3 juta lelaki, wanita bujang selesa hidup sendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Bilangan orang bujang di negara ini semakin ramai apabila 8.3 juta orang direkodkan pada tahun 2020 berbanding hanya 6.9 juta individu bujang pada 2010 dan angka itu diramalkan terus meningkat setiap tahun.

Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia itu, seramai 4.8 juta daripada jumlah itu pada tahun 2020 adalah lelaki bujang, manakala bakinya sejumlah 3.5 juta pula golongan wanita.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, ramai orang bujang berusia 35 tahun ke bawah mengakui selesa hidup bersendirian ketika ini berikutan sudah mempunyai kerjaya dan kehidupan stabil, sekali gus mampu berdikari walaupun tidak berkahwin.

Seorang eksekutif swasta, Athirah (bukan nama sebenar), 32, berkata, dirinya lebih selesa hidup bujang dan ‘trend’ itu bukanlah sesuatu yang mencemarkan imejnya memandangkan masyarakat mula menerima status berkenaan.

“Jika diimbas 30 tahun lalu, status sebagai wanita bujang mungkin menjadi sesuatu yang kurang menyenangkan memandangkan pada ketika itu, ramai wanita tidak berkerjaya dan perlu berkahwin untuk menikmati kehidupan lebih baik.

“Namun ketika ini, ramai wanita ada kerjaya, malah memegang jawatan tinggi dalam organisasi serta mampu meraih pendapatan lumayan.

“Seperti saya juga, kehidupan dan kerjaya sudah stabil. Jika mahu makan makanan enak, saya boleh beli sendiri, jika mahu melancong, saya boleh kumpul wang dan pergi sendiri,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Katanya lagi, dia juga mempunyai ramai kawan yang memilih hidup bujang, sekali gus membolehkan mereka meluangkan masa bersama-sama terutamanya pada hujung ming­gu.

“Sebenarnya, ia okey sahaja menjadi wanita bujang, kawan-kawan berstatus sama juga ramai dan kami boleh luangkan masa bersama.

“Bagaimanapun, saya tidak menolak jika ditakdirkan berjumpa dengan lelaki yang tepat, cuma buat masa ini, lebih selesa hidup membujang dan pada masa sama dapat berbakti kepada kedua-dua ibu bapa,” ujarnya.

keganasan rumah tangga menjadi antara punca orang bujang terutama wanita takut untuk berkahwin. – GAMBAR HIASAN

Berpandangan sama ialah seorang lagi eksekutif swasta, Izzati (bukan nama sebenar), 32, yang memilih untuk hidup bujang kerana trauma dengan pengalaman pahit yang dialami adiknya dalam alam perkahwinan.

Katanya, perceraian dialami adiknya selepas dua tahun berkahwin menyebabkan dia takut untuk mendirikan rumah tangga kerana bimbang perkara sama akan terjadi kepadanya.

“Sebenarnya, mendirikan ru­mah tangga bukan sahaja berkahwin dengan pasangan, tetapi juga keseluruhan ahli keluarga lelaki dan pe­rempuan.

“Bagaimanapun, tidak semua bernasib baik dan mempunyai persefahaman sama. Seperti adik saya yang tinggal di rumah bekas mentuanya, ada perkara yang menyebabkan dia tidak sehaluan,” jelasnya.

Lantaran itu me­nurutnya, dia memilih berstatus bujang bagi mengelakkan perkara sedemikian, malah pendapatan stabil sebagai seorang eksekutif membolehkannya hidup berdikari ketika ini.

“Tetapi, jika ada lelaki yang sekufu dalam konteks cara dibesarkan, pekerjaan, minat dan perwatakan, saya mungkin memberi peluang untuk kami lebih mengenali,” ujarnya.

Bagi Amin (bukan nama sebenar), 33, pula memberitahu, nilai hantaran yang tinggi menyebabkan dia takut untuk berkahwin kerana masih belum mempunyai kewangan stabil.

“Hasrat berkahwin itu ada, tetapi apabila hantaran sehingga RM15,000, tidak termasuk lagi penganjuran majlis dan kehidupan selepas itu, saya terpaksa tunda dulu hasrat ber­kenaan.

“Insya-Allah, jika sudah stabil kelak, hasrat itu akan cuba direalisasikan dan mengakhiri zaman bujang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN