fbpx
Gambar hiasan

Wanita Melayu kedekut bayar penuh escort boy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Khidmat lelaki sewaan atau escort boy kini dikatakan tidak lagi digemari golongan wanita berduit atau VIP muslimah sebagai peneman mereka ke majlis rumah terbuka hari raya atau majlis keramaian bagi mengelak menjadi buah mulut rakan.

Sebaliknya, ia masih menjadi trend dalam kalangan wanita bukan beragama Islam untuk membawa mereka ke majlis terbuka.

Seorang male escort yang berkhidmat sebagai kakitangan swasta, Sher, 29, mendakwa, kebanyakan wanita muslim tidak lagi memilih untuk mendapatkan perkhidmatan mereka kerana bimbang tercetus gosip liar di kemudian hari.

“Banyak aplikasi yang bakal mereka lalui selain berdepan dengan banyak pertanyaan atau kemusykilan daripada ahli keluarga. Mereka dikatakan tidak mahu lagi mengambil risiko berat kerana takut ‘kantoi’ akan tipu muslihat nanti.

“Namun khidmat ini dikatakan masih diperlukan wanita bukan Islam terutama wanita lanjut usia sebagai calon suami kontrak untuk diperkenalkan kepada ahli keluarga,” katanya.
Menurut Sher, mereka biasa­nya berdepan dilema atau tertekan bila mana ada ahli keluarga atau saudara-mara sering bertanya tentang jodoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN