fbpx
ALYA IMAN

Alya Iman tahu arwah bapa pasti sedih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DI sebalik kelembutan, keramahan dan kemanisan senyumannya, si cantik Alya Iman senang menyimpan segala rindu juga keluh resahnya sendirian. Ketiadaan insan tersayang, kecekalan dihina, dikecam dan diperlekehkan, semua itu mematangkan anak bongsu aktor popular era 1990-an, Azmil Mustapa itu menjadi wanita lebih kuat mendepani hari-hari mendatang

Jika Ramadan dihangatkan dengan kes mahkamah golongan artis, Aidilfitri pula menyaksikan situasi berbeza apabila dikejutkan dengan tindakan nekad beberapa selebriti wanita tanah air ‘melepaskan’ status berhijab dengan penampilan paling jujur dari hati, menjadi diri barangkali.

Tanpa ribut, selain Alya Iman yang mengambil keputusan membuka tudung, Syawal juga membulatkan hati nama-nama seperti Zizie Ezzete, Intan Sarafina dan isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea untuk tidak lagi bertudung seperti yang pernah menjadi identiti mereka seperti sebelum ini.

Sekian lama memikirkan soal keterbukaan mempamerkan mahkota kewanitaannya dalam khalayak umum, Alya akhirnya menarik nafas lega apabila menampilkan sisi sebenarnya pada 1 Syawal lalu.

Buat si cantik berusia 22 tahun itu, penampilan tanpa hijab merupakan hakikat dirinnya. Dia enggan lagi berterus-terusan menipu diri dan khalayak, terutamanya pengikut Instagramnya.

SATU perkara yang meninggalkan kesan mendalam dalam diri Alya Iman kini adalah tidak kesampaian memenuhi permintaan ibunya untuk menunaikan umrah apabila wanita itu meninggal dunia hujung tahun lalu.

“Saya memang senang tidak bertudung. Sebelum ini, apa yang saya tunjuk kepada orang ramai adalah Alya Iman yang bertudung dan sopan santun.

“Namun, saya tidak cakap saya jahat, saya cuma tiada hak untuk halang tanggapan orang terhadap saya.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk menunjukkan diri saya yang sebenar. Kenapa mahu menipu dalam sosial media?” katanya kepada HibGlam.

Enggan memikirkan skeptikal orang, Alya cuma tidak mahu menjadi hipokrit. Akuinya, sebelum ini dia bertudung disebabkan arwah bapanya, pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha.

“Inilah diri saya yang sebenar. Kalau sesiapa mahu terima silakan dan jika tidak mahu tidak mengapa.

“Apabila bersama keluarga saya tidak memakai tudung. Cuma saya tidak tunjuk dalam sosial media.

SEMASA masih berhijab, Alya sempat memenuhi ajakan Kosmo! menjalani sesi fotografi istimewa sempena Aidilfitri pada Ramadan baru-baru ini. – FARIZ RUSADIO

“Hal tersebut kerana saya menghormati babah (panggilan untuk Allahyarham Azmil) tetapi kali ini saya tidak boleh terus menjadi hipokrit dan hanya akan berfikir mengenai diri sendiri,” ujarnya.

Menceritakan lanjut teguran si bapa yang telah meninggal dunia pada Februari 2018, pelakon drama Ku Punya Hati itu mengakui akur dengan permintaan bapa yang menyuruhnya bertudung sejak kecil.

“Sewaktu babah ada, dia sering menegur saya untuk memakai tudung. Saya tahu dia akan sedih.

“Dia tidak gembira dengan keputusan saya tetapi mengenali dirinya, saya juga tahu dia akan terima apa sahaja yang saya lakukan,” tuturnya.

Berkongsi sambutan raya 1 Syawal lalu, suasana beraya di kampung pada kali ini juga berbeza memandangkan ibunya, Jamaliah Jamari yang menjadi penghibur induk memeriahkan apa sahaja sambutan raya telah pulang ke pangkuan Ilahi, Disember lalu.”

PERNAH gagal dalam percintaan, Alya Iman tidak tergesa-gesa menamatkan zaman bujang, sebaliknya mahu fokus memajukan diri menerusi karier lakonan.

Syahdu raya

“Meskipun raya kali ini agak suram tetapi saya tetap pulang ke kampung di Ijok, Kuala Selangor tahun ini.

“Datuk pun sudah meninggal dunia sebelum mama (panggilan untuk ibu). Jadi memang tahun ini tidak beraya sangat.

“Mama anak paling bongsu dalam keluarga dan dia paling suka memeriahkan suasana di kampung,” kata pelakon yang memulakan karier sebagai model Muslimah itu.

Tahun ini juga, perasaan sebak melingkari setiap langkah di kampung halaman. Di segenap sudut, terbayang-bayang susuk wanita melakukan persiapan raya.

“Sedih juga pulang ke kampung kerana ibu sudah tiada. Sebelum berpuasa, saya ada pulang ke kampung, namun apabila melihat rumah kampung saya boleh bayangkan dia bercakap dan mendengar gelak tawanya walaupun sebenarnya dia sudah tiada,” ujarnya.

Membongkar kisah sebenar, anak bongsu daripada lima beradik itu menjelaskan dia sebenarnya tidak rapat bersama ibu kerana membesar bersama bapa.

ANAK kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu berasa lega akhirnya mempunyai keberanian secara terang-terangan mengikut naluri tidak lagi bertudung.

Mula rapat

Segalanya berubah sejak mengetahui ibunya menghidap kanser servik pada awal tahun lalu.

“Mereka bercerai ketika saya baru lahir. Jadi, saya merupakan anak babah,” katanya

“Kesedihan kehilangan ibu tidak seperti sewaktu babah pergi. Ketika itu, saya betul-betul rasa teruk kerana dia yang membesarkan saya.

“Saya dan mama mula rapat ketika dia meminta bantuan saya membawa dia ke hospital dan tahu tentang penyakitnya,” terang pelakon filem 7 Minggu Sebelum Kahwin itu.

Alya juga menjadi orang pertama yang mengetahui penyakit ibunya.

“Semasa doktor diagnosis dia ada kanser, saya berada dalam bilik rawatan mendengar khabar buruk tersebut.

“Bermula dari kejadian itu, walaupun tidak rapat dengan mama, saya tekad untuk bantu dia dan hubungan kami mula okey,” jelasnya.

TAHUN ini, Alya Iman lebih banyak terkenangkan memori berharga berpuasa dan bersahur bersama arwah ibunya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN