fbpx

Hanya 35 individu dapat dikesan bagi jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan pintu ke pintu di Flat Sungai Emas, Kuala Langat yang dikenakan Temco. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

KUALA LANGAT – Seramai 35 individu sahaja berjaya dikesan pihak berkuasa bagi melakukan ujian saringan Covid-19 menerusi pemeriksaan pintu ke pintu di Flat Sungai Emas dan taman perumahan teres di Jalan Emas 31 dan 32, Kuala Langat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (Temco).

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Kuala Langat, Mohd. Jusni Hashim berkata, jumlah itu ternyata berkurangan daripada sasaran 200 individu sebelum ini yang belum membuat saringan tersebut.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan semalam mendapati sebanyak 67 buah rumah kosong.

“Kita tidak mengetahui sama ada rumah berkenaan sedia kosong atau penghuninya keluar sejurus arahan Temco dikeluarkan untuk pelaksanaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pelaksanaan Temco di Flat Sungai Emas dan Jalan Emas 31 dan 32, Taman Sungai Emas, Kuala Langat sehingga 10 November depan itu susulan Kluster Bah Manggis dengan 42 kes dikesan di kawasan flat tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Jusni yang merupakan Pegawai Daerah Kuala Langat menjelaskan setakat ini seramai 1,016 daripada 1,300 penduduk di kawasan tersebut telah menjalani ujian saringan Covid-19.

“Berdasarkan rekod, hanya 54 individu belum menerima keputusan saringan itu. Kita juga telah menyerahkan borang Annex 17 iaitu pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 kepada penduduk yang layak menerimanya pada hari ini,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI