fbpx

Hamidin serah jiwa raga pastikan emas Olimpik pertama dicapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN (tiga dari kiri) bertemu dengan para pemain badminton negara ketika mengadakan lawatan ke ABM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

KETUA kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin sedia menyerahkan jiwa dan raga bagi memastikan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik dibawa pulang ke tanah air.

Beliau percaya impian menggunung seluruh rakyat Malaysia boleh direalisasikan jika semua pihak mengerahkan segala kudrat dalam tempoh persiapan sebelum temasya sukan dunia itu.

Hamidin menyifatkan dirinya sebagai seorang individu yang sentiasa bekerja keras dan tidak mensia-siakan amanah hingga tugas diberikan itu selesai.

“Sesiapa yang kenal saya, dia tahu, apabila diberikan jawatan, saya bukan jenis orang yang be­kerja separuh hati, saya adalah orang yang sangat positif. Saya akan bekerja sehingga hari ­kemuncak nanti.

“Saya yakin, jika kita bekerja keras, insya-Allah rezeki itu Allah akan bagi, tidak ada apa yang mustahil. Lagipun, kita ada peluang pada 2016 tetapi belum rezeki lagi waktu itu. Saya sedar bukan mudah, namun kalau kita bekerja keras, tiada yang mustahil.

“Saya percaya apa jenis sukan boleh (menang emas pertama Olimpik). Selain itu, saya juga letakkan sasaran untuk dapatkan lebih banyak perak dan gangsa,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Turut hadir pada sesi lawatan tersebut adalah timbalan CDM yang juga bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik sejak menyertai temasya tersebut buat kali pertama pada edisi 1956 di Melbourne, Australia dengan pencapaian terbaik dilakar pada Olimpik Rio 2016 apabila merangkul empat perak dan satu gangsa.

Sementara itu, Hamidin juga menyatakan komitmen untuk memberi sokongan serta bantuan kepada setiap jenis sukan yang memiliki potensi layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan.

“Selepas ini saya akan me­ngadakan lawatan ke sukan lain pula termasuk terjun, ­memanah, menembak, pelayaran dan breakdance. Kami akan memantau semua sukan yang sedang mengharungi pusingan kelayakan ke Olimpik,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI