fbpx

Johor cadang buka pusat proses visa China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAVEN KUMAD (dua kanan) menyambut ketibaan pelancong China melalui penerbangan terus yang disambung semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor, hari ini.

JOHOR BAHRU – Johor berhasrat untuk membuka pusat pemprosesan visa China di negeri ini bagi memudahkan proses permohonan visa pengembara dalam usaha meningkatkan kemasukan pelancong negara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor, K. Raven Kumar berkata, pihaknya telah menyuarakan perkara itu kepada kerajaan persekutuan.

“Kami sedang berbincang dengan Kedutaan China untuk membuka satu pusat pemprosesan visa di sini bagi memudahkan orang ramai melakukan perjalanan antara Johor dan China.

“Kami juga telah membuat permintaan ke peringkat persekutuan kerana ia bukan di bawah bidang kuasa kami,” katanya selepas mengalu-alukan seramai 100 pelancong dari Guangzhou, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini hari ini.

Tambah Raven Kumar, pada masa ini terdapat tiga penerbangan antara Guangzhou dan Johor setiap minggu, namun kekerapan penerbangan itu mungkin akan ditambah pada masa depan.

“Selain itu, kerajaan negeri juga sedang mengkaji untuk mengadakan penerbangan terus dari kawasan lain di China seperti Beijing,” tambahnya.

Dalam pada itu, Raven Kumar turut memberitahu, beberapa penerbangan terus dari Johor ke Jakarta, Indonesia akan ditawarkan tahun ini selain sedang berbincang untuk menambah perkhidmatan ke Korea Selatan serta India,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI