fbpx

SAM gesa peniaga tidak dibenarkan beroperasi di View Point Wang Kelian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehadiran peniaga didakwa mengganggu keindahan pemandangan selain menimbulkan masalah kebersihan di Wang Kelian.

PADANG BESAR – Sebuah badan bukan kerajaan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak berkuasa yang menguruskan Taman Negeri Perlis supaya tidak membenarkan lagi peniaga-peniaga berniaga di kawasan View Point Wang Kelian di sini.

Presiden SAM, R. Meenakshi berkata, pihaknya menerima beberapa aduan awam mengenai kehadiran peniaga yang didakwa menghalang pemandangan di View Point Wang Kelian yang menjadi tempat tumpuan pelancong di negeri itu.

“Pengadu memaklumkan, keberadaan peniaga-peniaga menghalang pengunjung menikmati keindahan persekitaran dan mengambil gambar.

“Malah peniaga-peniaga tersebut meletakkan kenderaan mereka di kawasan view point yang menyebabkan ruang agak terhad untuk pengunjung menghirup udara bersih,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Tambahnya, keberadaan peniaga-peniaga tersebut di kawasan titik tinjau itu juga menimbulkan masalah sampah dan kebersihan persekitaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI