fbpx

Raikan persahabatan bersama 8 karakter baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh kanak-kanak sepanjang Lego Friend Party yang diadakan di Legoland Malaysia Resort, Iskandar Puteri, Johor.

PERSAHABATAN bukan bererti semua pihak perlu sentiasa berfikiran serupa. Sebaliknya, semua pihak mampu bertolak ansur dalam menerima kelebihan dan kekurangan pada personaliti masing-masing.

Dalam dunia globalisasi masa kini, individu daripada pelbagai latar belakang mampu membentuk persahabatan yang bermakna sekiranya kefahaman dapat dicapai bersama.

Sehubungan itu, Legoland Resort Malaysia meraikan kepelbagaian dalam persahabatan dengan menganjurkan Lego Friends Party sehingga 9 April ini.

Lego Group telah memperkenalkan lapan karakter Lego Friends baharu daripada pelbagai latar belakang dan personaliti yang sesuai dengan senario masyarakat pada masa kini.

Karakter-karakter baharu tersebut melibatkan lima gadis iaitu Nova, Liann, Aliya, Autumn dan Paisley bersama tiga jejaka iaitu Olly, Zac serta Leo.

Pengarah Bahagian, Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata, kanak-kanak masa kini memiliki cabaran berbeza dalam mengharungi dunia persahabatan serba moden.

Katanya, dengan pengenalan karakter-karakter baharu serta aktiviti bertemakan personaliti, ia mampu membantu kanak-kanak memahami dunia di sekeliling mereka.

“Dengan pengenalan Lego Friends di Legoland Malaysia Resort (Iskandar Puteri, Johor) kami harap dapat memberikan ibu bapa saluran untuk membantu anak-anak mereka mengemudi dunia persahabatan di sekeliling mereka.

“Kami sedar bahawa persahabatan masa kini memiliki cabaran tersendiri, terutamanya bagi kanak-kanak yang akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi,” katanya.

Tambahnya, aktiviti-aktiviti disediakan di taman tema tersebut mampu membantu perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak dengan penerapan pelbagai elemen yang sesuai dengan mereka.

Pengunjung boleh membina haiwan Lego mereka sendiri serta mempelajari cara memainkan peranan dalam menyelamatkan planet ini bersama Autumn menerusi aktiviti Build-An-Animal dan Save the Planet.

Lego Group memperkenalkan lapan karakter Lego Friend baharu daripada pelbagai latar belakang dan personaliti.

Bagi penggemar muzik pula, mereka harus berkumpul di Paisley’s Booth untuk menguji kemahiran irama dengan memainkan lagu yang menarik semasa aktiviti Play-A-Tune.
Nova’s Speed Building Challenge pula akan menguji kemahiran membina kanak-kanak.

Sementara itu, booth Liann’s Fun with Art menyediakan peluang kepada para peserta untuk mengekspresikan diri menerusi aktiviti seni.

Bagi penggemar fesyen, anda boleh mengambil kesempatan berdandan dan menggayakan ‘pose’ terbaik di Olly’s Photo Studio.

Sementara peminat makanan boleh bersama-sama dengan cef Leo membuat piza Lego yang lazat.

Ulat buku dan pencinta filem pula boleh mengambil gambar dengan buku gergasi Aliya dan menonton rancangan Lego Friends baharu di Aliya’s Movie Projection.

Persembahan dalam taman terbaharu itu turut menampilkan Lego Friends Generasi Baru seperti Zac’s BMX Stunt Show, Zac’s Groovy Party, Paisley’s Retro Flashback, Leo’s Football Freestyle, Aliya’s School Dance.

“Kami ingin membantu kanak-kanak menjadi kawan yang lebih baik kepada diri mereka dan orang lain.

“Di Lego Friends Party, kami telah memilih aktiviti yang akan menggalakkan perkembangan emosi dan sosial melalui permainan.

“Ini akan membantu kanak-kanak lebih memahami keperibadian dan kepelbagaian dalam persahabatan mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI