fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca buruk hampir seluruh negara sehingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dikeluarkan buat hampir seluruh negara ekoran cuaca buruk yang diramalkan bakal berterusan sehingga pukul 7 petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negeri Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Labuan.

Sementara itu, di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi negeri di Pantai Timur, cuaca buruk yang sama tertumpu sekitar Gua Musang, Kelantan serta beberapa kawasan di Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun), termasuk tiga daerah di Pahang (Jerantut, Bentong dan Temerloh),” katanya di Facebook hari ini.

Tambah MetMalaysia, Negeri Sembilan turut berisiko dilanda hujan lebat serta ribut petir melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

“Di Sarawak merangkumi kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang, manakala di Sabah pula dilaporkan melanda Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN