fbpx
RAJA Permaisuri Agong berkenan mencemar duli memasak bersama mangsa banjir semasa melawat PPS Kampung Baru Sungai Chedong, di Maran hari ini.

Raja Permaisuri Agong masak sardin untuk mangsa bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli memasak untuk mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Baru Sungai Chedong di sini hari ini.

Baginda memasak bersama mangsa-mangsa banjir ketika mengunjungi PPS berkenaan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Masakan ikan sardin dicampur ikan masin sentuhan Raja Permaisuri Agong itu dinikmati oleh lebih 200 mangsa banjir.

Mangsa banjir, Rosnita Abdullah, 51, berkata, apabila mendengar Raja Permaisuri Agong mahu ke PPS itu, mereka sepakat untuk meminta baginda untuk memasak.

“Kami memang sudah merancang, kalau Tuanku (Permaisuri Agong) datang, kami nak mohon Tuanku masak. Kami hendak merasa air tangan Raja Permaisuri Agong. Alhamdulillah sedap sangat walaupun lauk sardin,” katanya.

Rosnita berkata, dia berasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong bersetuju untuk memasak dan semestinya menjadi kenangan sepanjang hidupnya.

Sementara itu, Zaharah Mazlan, 38, pula berkata, dia tidak menyangka dapat merasa air tangan Raja Permaisuri Agong yang sering menjadi perbualan ramai sebelum ini.

“Dapat juga merasa masakan Tuanku. Sedap rasanya walaupun hanya memasak di PPS. Mungkin boleh tiru masakan apabila pulang ke rumah nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN