fbpx
TANGKAP layar video tular kejadian tiga remaja keluarkan kepala melalui sunroof sebuah kereta di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, baru-baru ini.

Polis siasat video tiga remaja keluar kepala dari ‘sunroof’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH: Polis menyiasat video tular aksi berbahaya tiga remaja mengeluarkan kepala melalui ‘sunroof’ sebuah kereta di Jalan Sultan Idris Shah, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, satu laporan polis diterima berkaitan perkara itu dan semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 10.40 malam, kelmarin.

Katanya, pihak polis juga telah berjaya mengesan pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard itu.

“Ketiga-tiga individu terbabit berusia 16 dan 13 tahun manakala ketika kejadian, ibu mereka juga berada dalam kenderaan yang dipandu saudara mereka,” katanya dalam kenyataannya, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengesan individu yang merakam kejadian itu bagi membantu siasatan atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Yap Siew Cheng di talian 012-9093362

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN