fbpx

ResQ Team UPSI bantu mangsa banjir di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ResQ Team UPSI berlepas ke Johor hari ini bagi membantu mangsa banjir di Kota Tinggi dan Segamat.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menggerakkan sukarelawan ResQ Team bagi membantu mangsa banjir di Kota Tinggi dan Segamat, Johor.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff, ResQ Team sentiasa peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat terutama kawasan yang ditimpa bencana.

“Menerusi kepakaran sukarelawan yang ada, ResQ Team digerakkan bagi membantu proses menyelamat mangsa yang terjejas akibat bencana yang terjadi di daerah terjejas sungguhpun lokasinya terletak jauh dari kampus di Perak.

“Di sinilah pentingnya kita menyusun gerak kerja yang cekap dan tindakan yang dilakukan oleh ResQ Team ini bukan sahaja dapat mendidik serta memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi malah turut menyokong misi serta visi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam Menyemarak Semangat KPT Prihatin,” ujarnya pada sesi flag-off di Majlis Showcase@UPSI di sini.

Menurut Md Amin, ResQ Team juga memberi sumbangan berbentuk pakaian, makanan kering dan barangan keperluan asas yang disalurkan melalui kutipan tabung UPSI Prihatin serta sumbangan daripada badan bukan kerajaan iaitu My FundAction bernilai kira-kira RM37,800.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Norkhalid Salimin berharap usaha ini memberi sinar harapan baru kepada mangsa yang ditimpa bencana.

Bantuan itu seterusnya, ujar beliau, memberi sokongan serta dorongan kepada mereka dalam mengharungi badai ujian dan musibah yang melanda kehidupan.

Misi bantuan itu diketuai oleh Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof. Madya Dr. Mohd. Azlan Nafiah bersama-sama 14 orang sukarelawan dengan kekuatan jentera yang terdiri dari tiga buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah unit lori. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI