fbpx
JAY B dan Pure.D dikatakan sudah berpisah.

Jay B, Pure.D putus cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA kumpulan GOT7, Jay B memilih untuk sekadar menjadi sahabat baik dengan bekas kekasihnya, Pure.D selepas hubungan mereka tamat baru-baru ini.

Percintaan mereka cuma sempat berlangsung selama sembilan bulan selepas Jay B pada Julai tahun lalu mengumumkan dia dan Pure.D sebagai pasangan kekasih.

Sumber terdekat mengatakan kedua-dua selebriti itu memilih berpisah kerana sibuk dengan jadual masing-masing.

Rata-rata peminat terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ada yang tidak mengetahui tentang hubungan percintaan mereka.

“Saya sebenarnya tertanya-tanya adakah mereka masih bersama memandangkan tidak mendengar apa-apa tentang mereka.

“Sejak bila pula mereka menjalinkan hubungan? Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka.

“Oh tidak. Apa-apa pun saya mengharapkan yang terbaik buat mereka berdua,” demikian komen-komen netizen mengenai berita Jay B dan Pure.D.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI