fbpx

Premis hiburan terbakar, 150 pengunjung selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah premis hiburan yang sedang beroperasi terbakar di Stulang Laut, Johor Bahru, malam tadi.

JOHOR BAHRU – Kira-kira 150 pengunjung yang sedang berhibur di premis hiburan Sunset Boulevard, Berjaya Waterfront, Jalan Sultan Ibrahim, Stulang Laut, di sini, berdepan detik cemas apabila premis berkenaan terlibat dalam satu kebakaran, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 9.15 malam.

“Ketika kejadian, premis hiburan berkenaan sedang beroperasi dengan dianggar seramai 150 pengunjung sedang berhibur.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Nordatul Badrol Abd. Rahman berkata, seramai 36 anggota berserta 10 jentera dikejar ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran melibatkan papan tanda premis hiburan itu yang terletak di tingkat tiga bangunan tersebut.

“Kebakaran telah mengakibatkan kesan jelaga pada bumbung dan struktur bangunan menyebabkan kerosakan kira-kira lima peratus daripada keseluruhan bangunan.

“Anggotanya bertindak memadam kebakaran itu menggunakan dua aliran air yang dipam keluar daripada jentera,” ujarnya sambil memberitahu operasi ditamatkan pada pukul 10.16 malam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI