JOHOR BAHRU – Ketika rakyat berdepan dengan pelbagai krisis kenaikan harga barang dan perkhidmatan, timbul pula masalah rungutan daripada orang awam berhubung dakwaan caj perkhidmatan penjaga kanak-kanak di rumah transit kakitangan awam serta swasta naik harga. Rata-rata penjawat awam yang dihubungi memaklumkan harga perkhidmatan yang dikenakan meningkat sehingga 10 peratus. Antara alasan yang diberikan pengusaha-pengusaha rumah transit ini adalah kerana gaji kakitangan kerajaan naik setiap tahun selain faktor kenaikan harga barang dan perkhidmatan lain. Menurut seorang penjawat awam yang mahu……