fbpx
BAE JIN-YOUNG

Agensi nafi Jin-young disisihkan ahli kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KHABAR angin yang menyatakan anggota kumpulan CIX, Bae Jin-young disisihkan daripada ahli lain dinafikan oleh agensi penyanyi itu.

Syarikat C9 Entertainment dalam satu kenyataan tampil menafikan tuduhan tersebut kepada umum.

“Khabar angin yang tersebar bahawa Jin-young disisihkan daripada ahli kumpulan lain adalah tidak benar sama sekali.

“Berita bekas anggota Wanna One dibuli mula tersebar dalam talian selepas sebuah video peminat membaling botol ke arah Jin-young.

“Seorang anggota CIX turut meninggalkan komen jika dunia diserang zombi, dia akan menggunakan Jin-young sebagai perisai telah menguatkan lagi berita khabar angin tersebut,” jelas wakil C9 Entertainment.

Dakwaan tersebut semakin kuat diperkatakan selepas bekas anggota Wanna One iaitu Kim Jae-hwan turut berkongsi klip video yang tular.

Bagaimanapun, jelasnya, dia melakukan perkongsian tersebut kerana kesal apabila Jin-young terpalit dengan khabar angin sebegitu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI