fbpx
Gambar hiasan.

Sarawak lanjutkan diskaun bil elektrik sehingga Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Kerajaan Sarawak melanjutkan pemberian diskaun untuk bil elektrik bulanan kepada pengguna domestik, komersial dan industri termasuk pengusaha kecil dan sederhana di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pemberian diskaun bil utiliti itu akan diberi sebanyak 5 hingga 25 peratus untuk enam bulan pertama tahun ini, di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 melibatkan kos berjumlah RM200 juta.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan subsidi ini sehingga Jun tahun ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menurutnya, pemberian diskaun itu adalah sebagai usaha Kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat dan komuniti perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi pasca-Covid-19.

“Ekonomi kita baru sahaja dibuka dan sedang berkembang, oleh itu Kerajaan Sarawak ingin membantu usahawan kecil dan sederhana dengan memberikan diskaun elektrik bagi tempoh enam bulan pada tahun ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN