fbpx

Main kutu perlu ada akad – Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Permainan kutu duit ataupun barang kemas perlu ada akad daripada penerima serta ahli yang menyertai permainan tersebut.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, konsep permainan kutu itu sebenarnya adalah berhutang dan setiap ahli yang menerima duit ataupun barang kemas perlu melalui akad.

“Sebenarnya permainan kutu ini adalah hutang, contohnya kita main empat orang dengan bayaran RM100 seorang, maka dapatlah RM400 sekali dengan kita.

“Jadi masa terima duit itu perlu diadakan akad, aku terima duit hutang ini dan ahli lain juga perlu akad memberi hutang duit itu.

“Pada bulan selepasnya pula kena ada akad bahawasanya kita bayar hutang itu dengan aku bayar hutang kutu bulan lepas kepada ahli lain,” jelasnya dalam video ceramah baru-baru ini.

Tambah Azhar, sebaiknya untuk keluar dari khilaf ulama, maka wajib bagi kita untuk akad terima dan memberi hutang.

“Jadi jangan main ambik sahaja duit orang itu, ketika tiba giliran kita untuk terima duit kutu itu sebaiknya lakukan akad terlebih dahulu.

“Ini adalah bagi mengelakkan permainan kutu itu menjadi haram,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI