fbpx
TELEPERUBATAN akan menghubungkan doktor dengan pesakit tanpa memerlukan mereka hadir ke hospital swasta. – GAMBAR HIASAN/AFP

Sistem teleperubatan alternatif kurangkan menunggu di wad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Teleperubatan yang menggunakan sistem telekomunikasi untuk penjagaan kesihatan jarak jauh perlu digunakan di negara ini sebagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan pesakit di hospital.

Pengurus sebuah syarikat pembekalan teleperubatan di ibu negara yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Faizal berkata, sistem itu telah pun digunakan secara meluas di negara maju.

“Melalui sistem teleperuba­tan, pesakit dengan temu janji penyakit tertentu seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya tidak perlu pun hadir ke hospital.

“Mereka akan menggunakan alat teleperubatan di rumah dan tahap kesihatan mereka dapat dipantau oleh doktor di hospital. Doktor kemudiannya akan me­netapkan preskripsi ubat-ubatan berdasarkan data kesihatan mereka,” katanya.

Mohd. Faizal berkata, melalui teleperubatan pihak hospital dapat mengurangkan kesesakan di wad kerana tahap kesihatan pesakit terutama yang tidak kritikal boleh dipantau di rumah.

Jelas beliau, sistem itu malah diyakini lebih efisien kerana doktor dapat memantau tahap kesihatan pesakit dengan lebih kerap berbanding hanya semasa pesa­kit hadir di hospital.

“Sebagai contoh semasa pe­riksa tekanan darah di hospital mungkin baik, tetapi selepas itu mungkin tekanan darahnya turun naik,” katanya.

Menurut Mohd. Faizal, manfaat teleperubatan yang lain ter­masuk mengurangkan beban ker­ja kakitangan hospital terma­suk doktor, mengurangkan kos operasi serta mengurangkan kos pesakit untuk ke hospital.

“Semua pihak termasuk hospital kerajaan, swasta, penjara dan juga pekerja di pelantar mi­nyak dapat juga memantau tahap kesihatan mereka melalui teleperubatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN