fbpx
Gambar hiasan.

Jemaah Menteri titip amanat depani 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jalani gaya hidup sihat serta sentiasa mematuhi langkah pencegahan kesihatan awam sebagai azam tahun baharu.

Itu amanat Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa kepada rakyat Malaysia untuk mendepani Tahun 2023 yang turut mendoakan agar Malaysia terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan seluruh masyarakat hidup penuh bertoleransi.

“Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang 2022 termasuk tragedi tanah runtuh Batang Kali dan bencara banjir di Pantai Timur,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, beliau meletakkan fokus utama untuk mencari solusi terbaik bagi menaiktaraf kelestarian hidup rakyat.

“Walau apa jua cabaran yang mendatang, jangan kita buka peluang untuk sebarang sengketa menggugat keharmonian perpaduan rakyat di negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, beliau mahu semua pihak bekerja sebagai satu pasukan untuk merealisasikan impian dan harapan rakyat Malaysia.

“Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Apapun halangan dan cabaran yang bakal mendatang, hadapilah dengan tenang, berani dan bersabar,” katanya.

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, tahun 2023 bakal menjadi tahun yang cukup mencabar terutamanya dari segi ekonomi.

“Tetapi dengan rencana, dasar, dan fokus Kerajaan Perpaduan untuk menyelesaikan masalah rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi, saya pasti Malaysia akan berjaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN