fbpx
Anwar.

Anwar minta henti tanam bibit kebencian antara kaum, agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat di negara ini supaya menghentikan segera menanam bibit kebencian antara kaum dan agama.

Jelas Perdana Menteri, segala pertembungan mesti dirungkai dengan budaya wacana sihat dan segar agar seluruh masyarakat dapat membangun secara bersama dengan sikap hormat menghormati antara satu sama lain.

Kata beliau, ketika ini kita berdepan dengan pelbagai isu antaranya perkauman yang sempit, fahaman agama yang cepat menghukum tanpa berlandaskan fakta.

“Saya menggesa kepada semua rakan-rakan supaya tingkatkan dakwah. Masjid-masjid perlu diimarahkan.

“Kita dalam Kerajaan Perpaduan akan memastikan bahawa program-program mengimarahkan masjid seperti pengajian, latihan terutamanya kepada anak muda harus diperhebatkan,” katanya dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebooknya hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan masjid sebagai ‘gelanggang’ adu domba dan menanam kebencian.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu lagi, walaupun negara ini dihuni dengan pelbagai kaum dan agama, tetapi Islam tegak sebagai agama Persekutuan.

“Oleh itu, saya tidak perlu memohon maaf untuk berbicara satu mesej kepada seluruh negara dari masjid kerana mesej itu adalah kepada orang Islam dan juga bukan Islam.

“Dengan cara ini, kita mahu ada peningkatan kefahaman agama bukan sahaja kepada Islam dan juga bukan Islam. Jika tidak bibit-bibit Islamophobia yang tertanam sejak zaman penjajah akan mempengaruhi dan mengelirukan kita semua,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN