fbpx
GAMBAR 28 Disember 2022 menunjukkan pesakit Covid dirawat di Hospital Tianjin Nankai, Tianjin, China. -- AFP

Britain, Perancis ikut langkah Malaysia wajibkan saring pelawat dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Britain dan Perancis mengikut langkah Malaysia dengan mewajibkan ujian saringan terhadap pelawat dari China kelmarin, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi tekanan kepada Beijing supaya berkongsi data masa sebenar ketika letusan kes Covid-19 berlaku di negara berkenaan.

Britain, Perancis, Sepanyol dan Korea Selatan menyertai Itali, Jepun, India, Malaysia, Taiwan serta Amerika Syarikat (AS) yang mewajibkan keputusan negatif ujian saringan Covid-19 kepada semua pelawat dari Tanah Besar China, dalam usaha mencegah varian baharu koronavirus.

Dalam kes Britain, syarat itu mula berkuat kuasa pada 5 Januari ini. Switzerland bagaimanapun menyatakan bahawa ia terus membuka pintu sempadannya kepada ketibaan dari China.

Sebuah badan kawalan penyakit nasional di China menyatakan, terdapat sekitar 5,500 kes tempatan dan satu kematian kelmarin tetapi berikutan penamatan saringan massa dan kriteria semakin sempit berhubung definisi kematian Covid-19, angka itu dipercayai tidak lagi mencerminkan realiti sebenar.

Pegawai Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NHC), Jiao Yahui bertegas pada Khamis lalu bahawa Beijing sentiasa menerbitkan data mengenai kematian Covid-19 dan kes teruk berdasarkan semangat keterbukaan dan telus.

NHS pada minggu lalu mengumumkan, pihaknya tidak lagi akan menyiarkan angka kematiaan harian Covid-19.

Bagaimanapun, firma risiko kesihatan Airfinity menyatakan, pihaknya menganggarkan 9,000 kematian dan 1.8 juta jangkitan harian berlaku di China dan menjangkakan 1.7 juta kematian di seluruh negara komunis itu menjelang akhir April 2023. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN