fbpx
hairulnizam memakai baju kurung dan tudung ketika membuat ‘review’ untuk pelanggan bagi tatapan pengikutnya.

Elak jadi fitnah, banyak lagi cara marketing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pengguna media sosial yang memilih untuk membawa watak sebagai wanita dalam penghasilan video atau kandungan kreatif dinasihatkan untuk mencari karakter lebih sesuai dengan fitrah mereka bagi mengelakkan fitnah.

Penceramah bebas, Da’i Aini Rosdi berkata, walaupun ia boleh menarik minat orang ramai membeli barangan tetapi budaya itu kurang sesuai untuk diamalkan kerana mengundang keburukan.

“Ketika ini, pelbagai budaya asing mudah menyerap ke dalam kehidupan sesuatu bangsa. Kecelaruan budaya itu begitu mudah berlaku selain tersebar be­gitu pantas dalam dunia teknologi moden kini.

“Jadi, dalam situasi ini, golo­ngan tersebut perlu menge­lakkan serta menjauhkan diri daripada terjerumus dalam situasi sedemikian walaupun ia hanya sekadar lakonan bagi mencegah sebarang mafsadah (keburukan),” katanya.

Katanya, kaedah pencegahan itu selari dengan cara Sadd al-Zara’ie yang bersifat preventif iaitu menutup pintu-pintu atau jalan-jalan yang boleh membawa kepada perkara yang diharamkan.

“Seorang influencer dilihat mempunyai pengaruh dan pengikutnya tersendiri. Justeru, penggunaan kaedah sadd al-Zar’iah ini merupakan langkah tepat dalam membendung daripada menjadi ikutan dalam kalangan masyarakat.

“Ia mengundang fitnah sekali gus berupaya memberi tekanan perasaan kepada individu itu jika gagal mengawalnya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN