fbpx
GOLONGAN muda sanggup berbelanja besar demi menikmati kopi berjenama pada masa ini. – Gambar hiasan

Orang muda berhabis RM1,500 sebulan beli kopi mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketagihan terhadap kopi berjenama yang didakwa mampu menjadikan badan lebih segar dan bersema­ngat untuk bekerja mendorong golongan muda menghabiskan sebahagian besar gaji mereka semata-mata untuk menikmati minuman itu.

Bukan sedikit, ada antaranya sanggup berbelanja sehingga RM1,500 sebulan.

Selain ketagihan kafein, sebahagiannya pula terpengaruh dengan gaya hidup dipamerkan selebriti atau pempengaruh yang memuat naik gambar atau video mengenai kopi hingga menjadi ikutan dan trend generasi se­karang.

Ketagihan berlaku apabila kandungan kafein sudah sebati dengan badan hingga mengakibatkan tubuh lesu dan lemah jika tidak mengambilnya seharian.

Seorang jurutera pengatur cara komputer, Muhammad Syahmi Noorafendi, 27, berkata, dia membelanjakan RM1,500 sebulan hanya untuk membeli kopi sejak dua bulan lepas.

“Ketagihan bermula ketika zaman belajar kerana perlu berjaga malam bagi menyiapkan tugasan. Sekarang, saya akan rasa gelisah jika tidak minum sehari.

“Bila sudah bekerja, lagi ba­nyak kopi saya minum kerana perlu berjaga malam. Paling te­ruk ketika bulan puasa apabila tidak dapat melakukan kerja kerana badan lemah dan lesu sebab tiada kafein dalam tubuh,” katanya kepada Kosmo!.

KANDUNGAN kafein dalam kopi mampu menjadikan seseorang itu ketagihan dan tubuh badan lesu sekiranya tidak menikmatinya.

Menurut Muhammad Syahmi, dia perlu mengambil masa selama seminggu untuk membiasakan diri tanpa kafein ketika bulan Ramadan.

Lebih membimbangkan luah­nya, apabila dia telah beberapa kali mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerana pucat dan pitam gara-gara kan­dungan kafein yang terlampau tinggi di dalam badannya.

“Saya berazam untuk berhenti minum kopi dalam tempoh lima tahun lagi bagi mengurangkan kemudaratan pada badan. Kini saya mengamalkan hidup aktif untuk melawan kelesuan dan keletihan kerana kekurangan kafein,” luahnya.

Syahmi turut menasihatkan agar orang ramai mengukur baju di badan sendiri, khususnya daripada segi kewangan dan kesihatan sebelum membelanjakan sejumlah wang untuk kopi.

Seorang peminat kopi tegar, Ameer Hamzah Mokhtar, 30, berkata, bagi mengurangkan belanja, dia membeli mesin membuat kopi automatik berharga RM2,000 pada September lalu.

“Saya beli mesin kopi itu untuk pelaburan jangka masa panjang. Memanglah pada awalnya agak mahal untuk keluarkan sejumlah wang yang besar, tetapi pengurangan belanja selepas itu sangat ketara.

“Kalau dahulu, sebulan saya belanja sehingga RM600, tetapi kini saya hanya keluarkan belanja kurang RM100 bagi biji kopi dan susu,” katanya.

Kata usahawan dan pembekal madu itu, harga biji kopi bagi 500 gram ialah RM50 dan susu (RM44) dapat membuat 60 cawan kopi sebulan dengan kos hanya RM1.57 berbanding membeli pada harga antara RM10 hingga RM15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN