fbpx
BELLA ASTILLAH

Sihir, ujian berat rumah tangga Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“JUJUR katakan, ujian ini berat untuk saya.”

Demikian pengakuan ringkas tetapi cukup menikam yang keluar dari bibir pelakon kecil molek, Bella Astillah ketika membuka kisah tentang dugaan yang berlaku atas rumah tangganya bersama suami, Aliff Aziz.

Sekadar berkongsi cerita, wanita berusia 28 tahun itu terkedu, malah tidak menyangka kebahagiaan rumah tangganya yang kembali ‘jernih’ kini berdepan dugaan baharu dek hati busuk orang lain.

Beberapa tahun lalu, mahligai yang dibina bersama Aliff pernah bergelombang sehingga menjadi perhatian ramai. Ketika itu masing-masing masih berjiwa muda.

Namun atas kesedaran seiring dengan peningkatan usia, rumah tangga yang retak dibaiki semula atas dasar cinta.

Tetapi sejak sebulan lalu, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah mendakwa ada sesuatu yang tidak kena dalam rumah tangganya apabila kehidupan mereka suami isteri tiba-tiba dingin.

Sihir pemisah

Sebagai ikhtiar, Bella dan suami berjumpa dengan pengamal perubatan Islam untuk berubat dan ternyata, masalah yang timbul antara mereka disebabkan sihir pemisah.

“Sudah lebih sebulan kejadian ini berlaku. Sebenarnya saya pun baru sahaja tahu. Jujurnya dahulu saya tidak percaya dengan benda-benda begini (sihir). Tapi selepas 28 tahun hidup dan berlaku ke atas diri sendiri, barulah saya percaya.

“Kata ustaz yang ditemui, saya dan suami terkena sihir pemisah rumah tangga. Sebab itu hubungan kami sejak sebulan lalu tidak okey,” ujarnya.

BELLA berkata, dia dan Aliff perlu kuat berdepan ujian agar rumah tangga mereka dapat dilindungi daripada gangguan jahat.

Ketika disoal tentang dalang di sebalik apa yang terjadi, bintang drama Aku Tanpa Cintamu itu memberitahu dia dan juga suami dinasihatkan untuk tidak mencari individu yang bertanggungjawab dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Apa yang pasti, Bella mendedahkan individu yang menjadi penyebab keberantakan dalam keluarganya adalah seorang wanita.

Kata pelakon kelahiran Sabah itu lagi, selain hubungan rumah tangganya menjadi dingin, dia juga kerap diganggu mimpi aneh terutama membabitkan binatang berbisa seperti ular.

“Saya ada mimpi ular. Tetapi Aliff alami mimpi yang lebih buruk. Bayangkan Aliff bermimpi saya bawa balik lelaki di dalam rumah dan nampak saya bergaduh dengan lembaga hitam,” kongsinya.

Khilaf sendiri

Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Bella bagaimanapun menganggap apa yang berlaku mungkin akibat kesilapan diri sendiri kerana terlalu galak berkongsi perihal keluarga dalam media sosial.

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga memohon maaf jika sebelum ini dia pernah mengguris hati mana-mana pihak yang tidak senang dengan sebarang perkongsiannya dalam media sosial.

AKUR Bella, selepas ini dia akan lebih berhati-hati berkongsi kebahagiaan dalam media sosial. Foto – AFIQ RAZALI

“Dugaan kali ini lebih berat sebab melibatkan perkara yang saya tidak nampak. Saya anggap kejadian ini sebagai teguran dan ujian untuk diri saya.

“Mungkin sebelum ini saya berkongsi terlalu banyak (kebahagiaan bersama keluarga) sehingga membuatkan ada pihak berasa tidak selesa.

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan meminta maaf kalau ada yang kurang senang dengan perkongsian saya,” ujarnya.

Sambil menghela nafas panjang, pelakon dan juga penyanyi itu meluahkan rasa syukur kerana Aliff bersikap positif ketika mereka dilanda ujian tersebut.

Bahkan juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu terbuka hati ketika diajak berubat bagi memulihkan semula keadaan mereka.

“Syukur kerana Aliff terbuka hati ikut berubat. Alhamdulillah, sudah ada perubahan dalam rumah tangga kami.

“Selepas episod hitam itu berakhir, kami lebih berinisiatif untuk memperbaiki diri masing-masing.

“Terima kasih kepada Aliff yang sentiasa ada di sisi saya selain sering memberikan sokongan moral. Kami perlu kuat untuk pertahankan rumah tangga ini,” tutupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN