fbpx

Pemancing dikhuatiri lemas, rakan terselamat bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ISMAIL (tengah) berbual bersama mangsa yang terselamat dalam insiden bot terbalik di Sungai Perak berhampiran Dataran Jeti Udang Galah, Teluk Intan hari ini. - IHSAN JBPM

TELUK INTAN – Seorang lelaki terselamat manakala rakannya dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik ketika memancing di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Udang Galah di sini hari ini.

Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Muhammad Rasin Syazani Sumadi, 25, manakala seorang lagi yang belum dikenal pasti identiti dilaporkan masih hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 5.06 pagi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan menggunakan sebuah bot aluminium dengan melakukan carian di permukaan air.

“Mangsa pertama dijumpai oleh anggota bomba sekitar pukul 6 pagi. Dia ditemui dalam keadaan lemah di atas bot yang terbalik.

“Mangsa segera dibawa ke tebing dan diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, lelaki itu memaklumkan seorang rakannya telah hilang dibawa arus dan usaha kini sedang dijalankan bagi mengesan mangsa terbabit.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon 4 telah diaktifkan bagi membantu mencari seorang lagi mangsa. Operasi pencarian kini dijalankan pada jarak 800 meter dari lokasi bot terbalik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI