fbpx

Ahmad Zahid tegaskan tidak akan jual UMNO, BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Terbuka Kuala Rompin di Rompin hari ini

ROMPIN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau tidak akan menjual UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya memastikan parti itu terus relevan dan diterima.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, keputusan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dibuat selepas ‘istikharah’ kepada Allah mana yang memberi mudarat lebih besar.

“Saya tidak membuat keputusan seorang diri, terima kasih kepada rakan pimpinan yang memberikan dokongan walaupun tidak 100 peratus.

“Atas titah Yang di-Pertuan Agong, atas harapan itulah saya berasa kita jangan pandang hari ini atau esok sahaja, kita pandang lima tahun dari sekarang.

“Tetapi saya yakin keputusan itu tidak akan pernah salah supaya UMNO dan BN terus relevan dalam persada politik di Malaysia ini, insya-Allah,” katanya ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Terbuka Kuala Rompin di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, beliau memberi jaminan bahawa kerjasama BN dan PH tidak akan sekali-kali menjejaskan orang Melayu dan Islam sepertimana yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Jelasnya, sebelum tertubuhnya kerajaan Perpaduan antara BN dan PH beliau dan pimpinan BN telah bertemu dengan wakil DAP bagi melihat pendirian mereka.

“Soalan pertama saya selaku pengerusi BN bagaimana kedudukan agama Islam jika kami bekerjasama dengan DAP, bagaimana kedudukan hak istimewa orang Melayu, bagaimana kedudukan Bahasa Melayu pada pandangan DAP, bagaimana kedudukan institusi raja raja Melayu pada pandangan mereka.

“Setiausaha DAP menyatakan kami DAP baharu kepimpinan baharu, kami patuh akur sebarang perkara yang ada dalam perlembagaan termasuk empat perkara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI