fbpx

Firmino mahu lebih bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIRMINO mengakui lebih selesa beraksi bersama Brazil apabila diberi peranan yang lebih bebas oleh Tite berbanding taktikal diterapkan Klopp. – AFP

LIVERPOOL – Penyerang Li­verpool, Roberto Firmino me­ngakui dia memainkan peranan lebih bebas bersama Brazil jika dibandingkan ketika menyarung jersi The Reds.

Pada saingan musim ini, dia masih belum menjaringkan gol bersama Liverpool, namun Firmino berjaya meledak dua gol ketika membantu Brazil mem­belasah Bolivia 5-0 Sabtu lalu.

Justeru, ia membuktikan pemain Brazil itu masih berbisa di depan gol sekiranya tidak beraksi dengan taktikal yang diberikan pe­ngurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Firmino berkata, jurulatih Brazil, Tite mengarahkan dia memainkan peranan lebih bebas dan kekal berada dalam kawasan penalti pasukan lawan.

“Beliau (Tite) memang minta saya bantu pemain-pemain lain tetapi untuk keseluruhan aksi, saya le­bih banyak berada dalam kotak penalti pasukan lawan.

“Saya masih perlu bantu untuk mengejar bola tetapi tidak sama seperti di Liverpool. Agak kekok pada mulanya kerana peranan saya berbeza di Liverpool,” kata Firmino.

Selain itu, Firmino juga gembira untuk menjaringkan dua gol bersama Brazil, lebih-lebih lagi dia tekad membantu negaranya mara ke Piala Dunia 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI