fbpx

Faizal Saari bakal perkuatkan Malaysian Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJMI (tengah) bersama ketua jurulatih hok kebangsaan, Arul Selvaraj dan pengurus Malaysian Tigers mengumumkan senarai pemain menggalas cabaran ke Piala Negara-Negara FIH di Potchefstroom, Afrika Selatan bermula 28 November ini.

KEHADIRAN penyerang prolifik, Faizal Saari menambahkan lagi kekuatan skuad hoki negara yang memasang impian menjuarai ­Piala Negara-Negara FIH di Potchefstroom, Afrika Selatan bermula 28 November ini.

Kepulangan Faizal ke pangkuan Malaysian Tigers hadir pada waktu yang tepat selepas penyerang prolifik itu tamat tugasannya bersama ZSV Schaerweijde dalam saingan Liga Hoki Belanda.

Ia menyuntik semangat tambahan buat skuad negara yang akan turun menghadapi kejohanan edisi pertama itu selaku pasukan ranking tertinggi dan juga juara Piala Sultan Azlan Shah 2022.

Selain Faizal, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) turut menyenaraikan 19 lagi pemain menggalas cabaran negara yang akan bertolak ke Afrika Selatan malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan MHC, Datuk Najmi Razak percaya skuad negara mampu merea­lisasikan sasaran awal iaitu mara ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan B.

“Saya beritahu kepada pemain kalau kita kalah, tak semestinya kalah sampai habis. Sama juga kalau kita menang sebab tak semestinya kita menang sampai juara.

“Jadikan itu sebagai pengajaran paling baik dan belajar daripada apa yang berlaku di Sukan Asia serta Piala Asia. Kita bermula dengan baik tetapi tidak menjadi juara.

“Jadi saya merasakan ia adalah sasaran yang realistik. Seperti anda lihat ketika Piala Sultan Azlan Shah, kita tidak bermula dengan baik tetapi akhirnya kita berjaya muncul sebagai juara,” katanya.

Skuad negara, ranking ke-10 dunia, akan berdepan Korea Selatan, Kanada dan Jepun dalam saingan Kumpulan B, manakala Kumpulan A pula terdiri daripada Perancis, Ireland, Pakistan serta Afrika Selatan.

Sebagai rekod, juara kejohanan itu bakal mendapat slot automatik ke saingan Liga Pro FIH untuk musim 2023/2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI