fbpx
PASANGAN itu berhijrah ke New Delhi kerana perkahwinan mereka dihalang. - Wion News

Lelaki kerat kekasih kerana didesak berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki di New Delhi, India didakwa membunuh teman wanitanya sebelum mengerat badan mangsa kepada 35 bahagian, lapor laman berita Wion News semalam.

Suspek dikatakan turut membeli sebuah peti sejuk untuk menyimpan anggota badan mangsa sebelum berusaha membuangnya selama 18 hari.

Polis New Delhi menahan suspek, Aftab Ameen Poonawalla, 28, Sabtu lalu kerana membunuh pasangannya, Shraddha Walkar, 26. Dia kini ditahan polis selama lima hari.

Menurut laporan, pasangan itu berasal dari barat bandar Mumbai di negeri Maharashtra. Aftab ialah seorang pesohor blog makanan dan mengendalikan sebuah laman di media sosial bersama saudara lelakinya, Ahad Poonawala.

Aftab kemudian bertemu dengan Shraddha dan jatuh cinta. Pasangan itu berpindah ke New Delhi selepas keluarga menentang perkahwinan mereka kerana perbezaan agama.

Pasangan itu kemudian tinggal di sebuah apartmen yang disewa di kawasan Chhatarpur, kata polis Mehrauli kepada agensi berita ANI. Kedua-duanya bekerja di sebuah pusat panggilan.

Insiden pembunuhan itu dikatakan berlaku pada 18 Mei lalu selepas Shraddha mula memaksa Aftab untuk mengahwininya, kata pegawai.

Aftab mencekik teman wanitanya sehingga mati sebelum membuang mayat mangsa. Kejadian itu terbongkar apabila Shraddha berhenti berhubung dengan ibu bapanya. 

Mereka menjadi curiga selepas menyemak akaun media sosial mangsa yang tidak mempunyai kemas kini. Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis selepas mendapati rumah mangsa berkunci.

Semasa disoal siasat oleh polis, suspek mengaku telah melakukan jenayah itu kerana sering bertengkar apabila Shraddha mendesaknya untuk berkahwin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN