fbpx
Sebuah feri terbakar di limbungan kapal di Bukit Malut, Langkawi pada petang tadi.

[VIDEO] Feri Langkawi dalam proses pembaikan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Sebuah feri yang dalam proses pembaikan di limbungan kapal di Bukit Malut, di sini terbakar pada petang ini.

Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd. Fadzullah Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 5 petang tadi.

Katanya, tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dan satu jentera dari BBP Persiaran Putra diarahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran didapati melibatkan bilik enjin sebuah feri yang berada di atas tanjakan kerana dalam proses pembaikan.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan air dan 11 tong buih pada peringkat pertama pemadaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 12 tong buih tambahan dihantar ke lokasi bagi peringkat seterusnya.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 6.46 petang tadi dan proses pemadaman masih giat dilakukan,” ujarnya.

Tambahnya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN