fbpx
TINKOV menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg di bandar raya Saint Petersburg pada 6 Jun 2019. - AFP

Bilionair lepaskan kewarganegaraan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Bilionair Oleg Tinkov melepaskan kerakyatan Russia miliknya kerana mengecam konflik di Ukraine.

“Saya melepaskan kerakyatan Russia milik saya. Saya tidak boleh dan tidak mahu dikaitkan dengan sebuah negara fasis yang memulakan perang dengan negara jirannya serta membunuh orang awam tidak berdosa setiap hari.

“Saya berharap agar lebih ramai ahli perniagaan Russia mengikuti langkah saya supaya rejim Presiden Vladimir Putin dan ekonominya menjadi semakin lemah dan akhirnya tewas,” kata Tinkov di laman Instagram.

Beliau berkongsi gambar sijil yang mengesahkan perlucutan kewarganegaraan Russia miliknya.

“Saya bencikan Russia milik Putin tetapi sayangkan semua rakyat Russia yang menentang perang gila ini,” tegasnya

Bilionair berkenaan adalah antara taikun yang bermula dari bawah dan mengasaskan bank online, Tinkoff Bank.

Bank itu merupakan antara pemberi pinjaman terbesar di Russia di belakang gergasi perbankan utama seperti Sberbank dan VTB. Tinkoff memiliki sekitar 20 juta pelanggan pada hari ini.

Tinkov mengutuk keras pencerobohan Russia di Ukraine dan menyifatkannya sebagai ‘perang gila’. Beliau juga meminta Barat menamatkan perang tersebut.

Tinkov menjadi sasaran sekatan Britain yang dikuatkuasakan tidak lama selepas konflik Ukraine tercetus awal Februari lalu.

Beliau ditangkap di London pada 2020 berhubung dakwaan mengelak cukai di Amerika Syarikat.

Tinkov kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan dirawat kerana leukemia di London. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN