fbpx
GAMBAR menunjukkan loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine yang ditakluki Russia pada 11 September lalu. -AFP

Loji nuklear Zaporizhzhia hilang sumber tenaga terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KIEV – Loji jana kuasa nuklear terbesar di Eropah, Zaporizhzhia kehilangan sumber kuasa terakhirnya akibat serangan terbaharu dan kini bergantung kepada penjana diesel kecemasan, lapor saluran berita NBC News kelmarin.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata, sambungan loji kepada talian 750 kilovolt itu terputus kira-kira pukul 1 pagi (waktu tempatan) kelmarin. IAEA memetik laporan rasmi dari pihak berkuasa Ukraine serta pakar-pakarnya yang berada di tapak itu.

Kesemua enam reaktor nuklear di loji tersebut telah ditutup, namun masih memerlukan bekalan elektrik untuk tujuan penyejukan dan fungsi-fungsi keselamatan lain.

Jurutera loji mula bekerja untuk membaiki talian kuasa yang rosak dan penjana loji yang hanya mempunyai bekalan bahan api mencukupi untuk sekurang-kurangnya 10 hari, kata badan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut.

“Serangan berterusan yang mengenai sumber tunggal penyambung kuasa di loji itu adalah sangat tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi dalam satu kenyataan.

Zaporizhzhia adalah salah satu daripada empat wilayah yang dirampas oleh Russia menerusi pungutan suara yang didakwa Ukraine sebagai melanggar undang-undang antarabangsa. 

Walaupun loji nuklear itu berada di bawah kawalan Russia selama berbulan-bulan, bandar tersebut masih tertakluk kepada pihak berkuasa Ukraine. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN