KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu terbabit dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Individu yang dikesan ialah K.Selvamani berusia 50 tahun dengan alamat terakhir di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan Cheras.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik, IPD Cheras, Inspektor R.Kalidasan di talian 011-16367407,” katanya.
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – K! ONLINE














