fbpx
MUHAMMAD FIKRY masih belum dapat menjalani pembedahan buah pinggang walaupun telah telah menunggu selama sembilan tahun.

‘9 tahun sudah saya tunggu, belum dapat lagi buah pinggang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelihatan seperti sudah putus harapan untuk pulih, namun seorang penghidap penyakit buah pinggang terus berdoa supaya ada penderma yang sudi memberinya sebelah organ itu walaupun dia sudah menunggu selama sembilan tahun.

Muhammad Fikry Abdullah, 22, berkata, buah pinggangnya disahkan rosak sejak berusia 14 tahun selepas mengalami ken­cing berdarah.

Katanya, dia sudah tidak lagi berdaya menampung sakit yang telah ditakdirkan ke atas diri­nya pada usia muda.

“Sejak disahkan ada penyakit itu, macam-macam terjadi kepada saya. Tidak dapat kerja, tiada kudrat, tenaga lemah dan tidak bersekolah selepas disahkan dua buah pinggang saya tak berfungsi.

“Saya sedih dan hilang harapan untuk hidup kerana buah pinggang saya rosak dan mengecut. Sejak itu saya sudah lali dengan sakit,” katanya yang menetap di Semantin, Negeri Sembilan.

Menurut Fikry, dahulu dia tak pernah sakit dan aktif bersukan, namun semuanya hilang sekelip mata.

Tambahnya, walaupun telah menunggu selama sembilan tahun, dia terus berdoa agar ada pihak yang sudi mendermakan buah pinggang.

“Saya tak minta dua, dapat satu pun cukup dan saya sangat bersyukur. Saya mahu sihat dan dapat sara keluarga serta diri. Sekarang kalau hendak berdiri sudah pening sebab ada darah tinggi kesan daripada penyakit itu,” katanya.

Tambahnya, sudah dua bulan dia tidak ke hospital kerana tak larat hendak mengambil darah dan makan ubat.

“Buat apa saya ambil darah dan ubat sedangkan yang saya perlukan ialah buah pinggang untuk pulih daripada penyakit yang sedang saya alami.

“Semenjak beberapa hari lalu, saya sakit tulang belakang, sakit dia tak terkata tapi saya tak pergi hospital, saya tak mahu ulang alik hospital lagi,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN