fbpx
Kerajaan Itali mengenakan larangan makan dan minum selepas tengah malam di semua lokasi bersejarah, monumen atau gereja di negara itu. - Daily Star

Didenda RM2,000 kerana makan aiskrim selepas tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROM, Itali – Seorang pelancong asing yang bercuti di Rom, Itali terkejut apabila dia didenda £390 (RM2,032) kerana memakan aiskrim dan minum bir berhampiran sebuah kawasan pancuran air di sana, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Lelaki itu didekati polis selepas mereka melihat dia sedang menikmati minuman malam di Fontana dei Catecumeni kira-kira pukul 1 pagi (waktu tempatan).

Ibu negara Itali telah memperkenalkan peraturan ketat termasuk perintah berkurung 10 malam yang melarang minum di luar rumah, berkumpul dan berkelah di luar gereja serta monumen.

Mercu tanda itu biasanya mempunyai pita yang mengelilinginya untuk menghalang orang ramai daripada duduk di tepinya pada waktu malam.

Pancuran air itu dibina pada 1589 oleh Battista Rusconi dan terletak hanya 500 meter ke utara bangunan Colosseum dan juga berdekatan dengan Forum Rom di bandar bersejarah itu.

Akhbar Itali la Repubblica melaporkan bahawa lelaki itu diminta berpindah tetapi enggan berbuat demikian dan menyebabkan dia dikenakan denda yang tinggi.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN