Gambar hiasan.

Peniaga simpan minyak masak peket bawah kaunter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kekurangan minyak masak peket di beberapa kawasan dalam negeri ini menyebabkan peniaga kedai runcit menyimpan barang kawalan itu bawah kaun­ter pembayaran bagi memboleh­kan ia dijual kepada lebih ramai pembeli.

Tinjauan Kosmo! di daerah Hilir Perak dan Perak Tengah mendapati, beberapa peniaga kedai runcit di kawasan kampung berbuat demikian bagi mengelakkan ‘barang panas’ itu habis dalam masa singkat.

Selain itu, ia bertujuan untuk membolehkan orang ramai membelinya secara sama rata.

Salah seorang peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Kamal berkata, jika dia tidak berbuat demikian, penduduk kampung mungkin tidak berpeluang membeli minyak masak peket ekoran bekalan yang diterima­nya daripada pembekal agak terhad.

“Saya tahu kita tidak boleh hadkan orang beli minyak masak peket sesuka hati tetapi kalau saya tidak buat (hadkan pembelian), ia akan menimbulkan masalah kepada pembeli lain kerana ia hanya akan ‘diborong’ orang-orang tertentu sahaja.

Berita berkaitan: Beli barang RM500 boleh dapat minyak peket

“Saya hanya benar peniaga yang jual makanan tepi jalan beli dua peket minyak kerana mereka ini meniaga di kampung saja dan pendapatan tidak banyak. Kalau beli minyak botol berapa sangatlah untung mereka,” katanya ketika ditemui di kedainya sekitar Teluk Intan baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi peniaga kedai runcit di daerah Perak Tengah pula berkata, dia turut hadkan jualan minyak masak peket dijual sepeket bagi seorang pelanggan.

Bagaimanapun, ujarnya, peniaga makanan yang berniaga sekitar kampung dibenarkan untuk membeli dua atau tiga peket.

Dia yang enggan namanya didedah berkata, bekalan mi­nyak masak paket yang diterimanya tidak banyak iaitu sekitar 70 peket seminggu dan apabila bekalan sampai ia akan habis dalam tempoh tiga ke empat jam sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN