fbpx

Petugas perubatan Covid-19 dilumur tahi manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang ahli keluarga kepada pesakit Covid-19 tergamak melumur najis manusia pada pakaian beberapa orang petugas kesihatan di satu kawasan perumahan di daerah Sememi, Surabaya, Jawa Timur di Indonesia baru-baru ini, lapor portal Suara.com.

Seorang petugas Pusat Kesihatan Masyarakat Sememi, Cholik Anwar berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama tiga petugas lain sedang mengusung seorang penduduk yang didapati positif Covid-19 untuk dibawa ke hospital.

“Kami sedang memindahkan seorang lelaki positif Covid-19 menggunakan alat pengusung untuk membawa turun dari kediamannya di tingkat dua sebuah bangunan.

“Pesakit itu sebenarnya sudah diserang strok dan tidak ber­upaya untuk berjalan sendiri,” katanya.

Baca >> Tergamak bakar bekas isteri 

Cholik menyatakan, seorang wanita yang merupakan isteri pesakit itu secara tiba-tiba menuju ke arah mereka sambil membawa satu bungkusan plastik dipercayai berisi najis manusia.

“Tidak lama selepas kami keluar dari kediaman pesakit, tiba-tiba seorang wanita yang juga isteri pesakit meluru ke arah kami. Wanita itu mengambil najis di dalam beg itu dan melumurkannya pada kami,” dakwanya.

Dia bersama dua lagi petugas kesihatan tidak sempat mengelak serangan najis itu, namun seorang lagi anggota sempat me­larikan diri daripada wanita berkenaan.

“Selain dilumur dengan najis, kami turut dihamburkan dengan kata-kata kesat oleh anak pesa­kit,” dakwanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI