fbpx
SEBAHAGIAN barangan rumah Mohd. Hafiz yang rosak akibat api misteri di Kampung Chuai Baru, Rembau, semalam.

‘Kami sudah penat, api misteri terus menyerang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – “Lima kali terbakar sejak pagi ini (semalam), kami sudah penat dan bimbang dengan kejadian misteri ini.”

Itu keluhan Mohd. Hafiz Hashim, 42, apabila mereka sekeluarga terus diserang api misteri secara tiba-tiba pagi semalam dan membakar pelbagai bara­ngan dalam rumahnya di Kampung Chuai Baru, di sini.

Cerita juruelektrik itu, keja­dian menakutkan berkenaan bermula pukul 8 pagi hingga 1.15 tengah hari telah membakar barangan antaranya pakaian, bekas plastik selain alatan pekerjaannya.

Katanya, ketika kejadian dia dan isterinya, Aidah Md Zam, 37, berada di ruang tamu, manakala anak-anaknya termasuk bayi berusia lapan bulan berada di dalam bilik.

“Semasa berada di ruang tamu, tiba-tiba terbau asap sebelum terus meluru ke dapur dan lihat alatan kerja terbakar. selain beberapa bekas plastik yang sama terbakar kembali.

“Kejadian hari ini (semalam) menyaksikan beberapa barangan yang pernah terbakar sebelum ini sekali lagi diserang api misteri. Mujurlah kami anak beranak cepat menyedarinya,” katanya.

 

Tambah Mohd. Hafiz, kejadian api misteri berkenaan menyebabkan dia sekeluarga tidak dapat melakukan aktiviti se­perti biasa dan sentiasa dalam ke­adaan tidak tenang memikirkan keselamatan diri.

Berita berkaitan: Kejap lari depan, kejap lari belakang padam api

Malah, katanya, dia juga tidak dapat keluar bekerja dan anak-anaknya pula tidak ke sekolah.

“Malam kami juga sering di­selubungi ketakutan. Mohon sangat jika ada sesiapa boleh bantu kerana kami sekeluarga sebenarnya sangat penat, letih.

“Saya mahu keluar bekerja kerana selama ini sumber rezeki memang bekerja sendiri dalam bidang pendawaian. Bagaimanapun saya bimbang jika kami terleka, kediaman peninggalan arwah bapa saya ini akan musnah terbakar,” luahnya.

Berita berkaitan: 20 kali diserang api misteri

Mohd. Hafiz berkata, dia kini berasa buntu serta tidak cukup tidur disebabkan kejadian misteri berkenaan dan sudah puas memikirkan punca kejadian.

“Pelbagai usaha telah dilakukan, solat hajat, bacaan Yasin tetapi tidak tahu kenapa (kejadian api misteri) masih berlanjutan tiada henti,” ujarnya.

Katanya, mereka yang ingin membantu boleh menghubu­nginya di talian 011-6061 7801.

Kosmo! semalam melaporkan tujuh beranak kini hidup dalam ketakutan apabila rumah pusaka yang didiami sejak enam bulan lalu diserang api misteri yang muncul secara tiba-tiba hingga mengakibatkan ba­nyak barangan di kediaman mereka rosak.

Setakat ini, rumah itu telah diserang api sebanyak 20 kali sejak 23 Julai lalu oleh api yang muncul tidak kira waktu hingga memaksa mereka mendapatkan khidmat empat pengamal perubatan Islam untuk ‘menghalau’ gangguan tersebut tetapi gagal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN