fbpx

Tragedi MH17 kekal diingati rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014

PETALING JAYA – Lapan tahun berlalu, namun nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014 kekal diingati oleh rakyat Malaysia.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di laman Twitter, #MH17 ketika ini menjadi ‘trending’ dengan 7,702 ciapan berikutan hari ini genap lapan tahun kejadian tersebut.

Seorang pengguna Twitter memuat naik ingatannya terhadap salah seorang juruterbang MH17 iaitu Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin.

“Saya mungkin tidak mengenalinya tetapi beliau ialah saudara kepada nenek saya dari Kuala Kangsar, Perak. Ketika kejadian, arwah berusia 50 tahun, al-Fatihah untuknya,” kata ciapan tersebut.

Seorang lagi pengguna turut memuat naik ingatannya terhadap semua penumpang dan kru MH17.

“Pada hari ini, lapan tahun telah berlalu. Kita tidak akan lupa kesemua penumpang dan kru, ingatan terhadap mereka tidak akan pernah hilang.

“Doa saya bersama mereka,” katanya dalam hantaran tersebut.

Hari ini merupakan hari memperingati ulang tahun kelapan tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014 sekali gus mengorbankan 298 nyawa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI