ANAK perempuan Ain menangis apabila ternampak kemunculan jelmaaan orang utan di rumah neneknya . – ILUSTRASI SHAH HASAN

Menangis lihat jelmaan makhluk mengerikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNGKIN kita pernah mendengar cerita kebolehan luar biasa sesetengah individu yang mempunyai sepasang mata tidak berhijab hingga mampu melihat benda ghaib yang menyeramkan.

Itu yang berlaku kepada seorang ibu yang mempunyai dua anak gadis berusia belasan tahun yang dapat melihat makhluk menyeramkan di sekelilingnya.

Menurut suri rumah dari Kuala Selangor, Ain Mohd. Noor,50, dia mempunyai lima anak, tiga perempuan dan dua lelaki berusia dalam lingkungan 10 tahun hingga 24 tahun.

Katanya, anak keduanya, seorang perempuan kini berusia 20 tahun sering memberitahunya, dia boleh ternampak makhluk pelik dan menakutkan sejak kecil.

“Kebolehan tersebut dimiliki sejak dia berusia lima tahun apabila sering menangis sambil menunjuk jari ke arah dinding rumah.

“Masa itu, saya tidak tahu tentang kebolehannya melihat makhluk ghaib. Setelah dibaca Surah an-Nas baru berhenti menangis,” katanya.

Katanya, dia kemudian merujuk kes anaknya itu kepada ahli paranormal yang memberitahu, anaknya memiliki sepasang mata tidak berhijab.

Ahli paranormal itu memberitahu, kebolehan yang ada pada anaknya itu akan hilang sedikit demi sedikit selepas menginjak usia remaja.

Antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan olehnya ujar Ain, ketika pulang ke rumah mentua di sebuah negeri di Selatan tanah air.

Katanya, pada ketika itu, anaknya hanya tinggal berdua dengan neneknya kerana dia dan suami ada urusan di luar.

“Anaknya menangis kerana melihat kelibat orang utan duduk di kerusi di ruang tamu,” katanya.

Rentetan peristiwa menyeramkan itu, ibu mentua meminta saya dan suami jangan meninggalkan cucunya dengannya lagi.

Namun jelas Ain, semakin meningkat dewasa, anaknya sudah lali dengan penampakan berupa wajah wanita tua berambut panjang dan gangguan di kolej kediaman semasa belajar di sebuah universiti di Utara semenanjung.

KEBOLEHAN melihat benda-benda pelik dan menyeramkan hanya diberikan kepada mereka yang dikatakan ‘bertuah’. – GAMBAR HIASAN

“Setelah berubat dengan seorang ustaz, anak saya sudah tidak lagi melihat makhluk pelik yang berwajah mengerikan.

“Namun kebolehannya itu diwarisi pula oleh adiknya yang bersekolah di asrama penuh di satu daerah di Selangor.

“Adiknya yang berada di tingkatan satu memberitahu, sering ternampak makhluk berupa pocong di sekitar asrama dan di luar kawasan sekolah.

“Seperti kakaknya, lama-kelamaan adiknya seakan ‘lali’ dengan penampakan mengerikan yang dilihatnya hampir setiap hari,” ujarnya.

Jelasnya, selain entiti berupa pocong terdapat makhluk hitam yang ‘melepak’ di pagar sekolah dan penanggal dilihatnya terbang menuju kawasan kelapa sawit.

Paling menakutkan kata Ain , apabila mereka sekeluarga menaiki kereta dan melalui jalan yang sunyi.

“Pernah sekali dia memberitahu, seorang lelaki bermata merah berada dalam sebuah kereta yang lama tersadai di luar sebuah bengkel semasa kami melewati kawasan tersebut pada satu malam.

Jelasnya , anak perempuannya yang sulung berusia 24 tahun dan dua anak lelakinya masing-masing berusia 16 dan 17 tahun tidak pulu memiliki kebolehan melihat makhluk halus.

“Saya sendiri pun tidak pernah melihat makhluk halus mengerikan seumur hidup saya.

“Walaupun anak-anak saya dibuka hijab sehingga mengganggu emosi mereka pada mulanya, kini mereka lebih berani dan bersedia untuk berdepan dengan dengan makhluk menakutkan yang entah dari mana asal-usulnya,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN