fbpx
Persediaan kesihatan perlu dibuat bagi mengelak kesukaran hidup selepas bersara.- GAMBAR HIASAN

Jalani rawatan kesihatan menjelang hari tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Setiap bayi yang dilahirkan pada 2021 berpotensi untuk hidup sehingga usia 75.6 tahun atau 144 bulan lebih lama berbanding lima dekad lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia berbeza bagi mereka yang lahir sekitar tahun 1970 apabila mempunyai umur sekitar 63.6 tahun.

Katanya, peningkatan jangka hayat itu menunjukkan Malaysia akan berdepan dengan negara penuaan pada 2030 apabila penduduk yang berusia 60 tahun ke atas telah mencapai 15.3 peratus.

Jumlah penduduk di Malaysia berjumlah 32.4 juta daripada 7.8 bilion manusia di dunia.

“Sehubungan itu, persediaan kesihatan dan simpanan kewangan yang mencukupi perlu dibuat bagi mengelak kesukaran hidup selepas bersara.

“Kepadatan penduduk berada pada paras 98 orang per kilo­meter persegi. Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai kepadatan tertinggi iaitu masing-ma­sing 8,157 dan 2,215 orang,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Menurut Mohd. Uzir, pe­rempuan mewakili 47.7 peratus di Malaysia dan pemerkasaan golongan itu penting bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam pembentukan masa depan dan pembangunan sosial serta ekonomi negara.

Tambahnya, keperluan bekalan makanan dan jumlah keluasan kawasan pertanian perlu diberi perhatian bagi menjamin keselamatan dan kecukupannya.

“Penduduk Malaysia akan bertambah kepada 41.5 juta pada 2040 dan ia merangsang pe­ningkatan pengeluaran makanan dan perubahan diet yang mempengaruhi jaminan bekalan makanan,” katanya.

Ujarnya, antara cabaran yang perlu ditangani ialah keseimba­ngan antara keperluan jaminan bekalan makanan dan jumlah keluasan kawasan pertanian yang terhad serta kesan dari perubahan iklim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN